Rabu, 4 Februari 2015

Manusia,Telinga ,lidah , Dan Touching(Hati)

Assalamualikum dan selamat sejahtera  kepada pembaca-pembaca  yang sudi melayan artikel saya yang  tak seberapa ini.Tapi adakah anda tertanya-tanya atau  rasa blurrrr  apabila tajuk artikel ini bernama  manusia,telinga,dan touching dengan erti kata lain iaitu perasaan atau hati.Semua manusia mempunyai hati maka mereka juga mempunyai perasaan.Kalau ada orang katakan bahawa dia tidak mempunyai  perasaan ,bohonglah namanya.Selalunya orang yang kata takde perasaan ni maksudnya dia tak nak ambil kisah.Erti kata lain mals nak layan.
    Selesai sudah bermukadimah.Pergi ke tajuk asal iaitu manusia  ,  telinga  ,dan  touching(hati).Daripada pengalaman dan pemerhatian selama ini.Saya mendapati  bahawa manusia sensitif(touching) terhadap benda-benda yang tidak elok seperti mengata.Telinga kita sebenarnya sensitive bila dengar benda tak elok macam bunyi orang mengata ,mengejek ,memperli  tentang diri kita atau orang lain.Bila ada seseorang memberitahu perkara penting , kita kurang peka dan akan kata “hah…apa dia…cuba cakap kuat sikit.”  Begitulah senario yang berlaku di sekeliling kita.Walaupun orang yang tengah mengata dia cakap dengan suara perlahan tetap dapat didengari.Ajaib tak bin  tak patut.Seharusnya telinga sepatutnya dilatih lebih peka terhadap benda baik.Apabila mendengar orang mengata perihal kita,secara tak langsung jiwa  menjadi sensitif.Tapi bila buat tak nak dengar,rasa nak dengar pula apa yang diaorang katakan.Manusia mempunyai sikap ingin tahu yang kuat  dalam diri .Selagi tak ditahu.Selagi tak dicuba.Selagi itulah mereka nak buat.
Manusia berasa seronok apabila mendengar benda tak baik berbeza dengan benda baik.Seperti yang selalu dikatakan benda baik susah nak buat dan dibentuk,tapi mudah ditinggal.Tetapi benda tak baik senang dibuat susah ditinggal seperti merokok.Tabiat merokok susah ditinggal.Tetapi jika nak berubah ke arah kebaikan dengan usaha .Insyaallah semuanya dapat dilakukan.
Sehubungan itu,lidah manusia memang macam pisau walaupun realiti tak macam pisau.Sebab perkataan yang dikeluarkan dari lidah mampu lukakan perasaan orang.Dengan lidah mampu membawa kita ke syurga dan dengan lidah mampu membawa kita ke neraka.
  Kenapa dengan lidah mampu membawa ke syurga dan neraka?..Lidah mampu membuat hati seseorang berasa senang dengan kata-katanya.Bahkan dia akan disukai oleh ramai orang kerana kata-katanya.
     Lidah mampu  mencetuskan pergaduhan,petumpahan darah,hasad dengki,dan dendam kerana kata-kata yang terbit dari lidahnya tidak menyenangkan hati si pendengar.
 Oleh itu jagalah setiap perkataan yang ingin diterbitkan.Jangan ada yang sakit hati disebabkan kata-kata itu.

Selasa, 11 Februari 2014

Hari di sangka bahagia.



Aku Ana Bella berusia 17 tahun.Mak bapak aku kasi laptop sebab aku ok dalam exam.FIRST time baru berkenalan ngan dunia fesbuk.Aku rasa sangat bahagia ditambah berchating ngan sorang mamat ni.Setelah lama berchating,aku dan die ambil keputusan untuk bersua."Oh Oh Oh"aku rasa sangat bahagia.Dalam imaginasi aku ,aku rasa dia mamat yang hensem macam putera idaman aku.Tak  sabarnya nak bersua.

        Hari yang dinanti telah tiba.Aku tunggu  awal di taman permainan dari masa yang dijanjikan sebab  tak sabar nak jumpa dia."OH putera idamanku"bisikku dalam hati.

        Lama punya lama.Mamat tu tak muncul-muncul juga.Yang herannya,masa aku nak balik aku terserempak ngan Mira.Buat apa dia kat sini.Rumah dia bukan jauh dari sini  ke  ???i.Sorang-sorang plak tu.Mulanya aku malas nak layan.Tapi hati mulia aku pun tegur dia.Sebab dari tadi aku nampak dia dah lama ada kat taman ni.Macam tunggu orang.

   Sebelum aku sempat  tanya,dia serbu dulu."Bella tunggu Fauzi ke"Mira tanya aku macam dia tau apa agenda aku kat sini.Macam tilik nasib plak dia ni.Yang herannya macam mana dia boleh tau pasal hal ni.Tanya di tanya,rupa-rupanya dialah Fauzi.Boleh lak dia kenakan aku sambil buat lawak macam  maharaja lawak pulak tu.Belum sempat aku hadiahkan penumbuk sedas dua.Sempat pulak dia  cabut .MEMANG HARI disangka bahagia rupanya tidak.


Terlanjur sudah



  "RING"...."RING"..."RinG".Telefon bimbit Mak Munah berdering.Mak Munah yang sedang memasak di dapur lekas bergerak menuju ke arah telefon bimbitnya."Hello"Mak Munah mengangkat telefon itu."Hello mak,ni Milah."Milah anak sulung Mak Munah menelefon maknya."Ha Milah,ada apa kamu telefon mak masa macam ni.Ada apa hal  ?"Hello mak,Milah nak duit mak.Milah kena bayar yuran pengajian ni.Dah lah deadline nak hampir ni.Milah cuba pinjam duit kat kawan Milah.Tapi takde sorang pun nak kasi pinjam kat Milah,mak.Mak ada tak RM 300   ...?"Mak Munah  yang mendengar pertanyaan anaknya seolah-olah tidak dapat berkata apa-apa.Dia berfikir sendirian dari mana nak dapat duit sebanyak tu.Sedangkan hidup mereka tiga beranak  bukanlah orang senang.Telefon di tangan Mak Munah dilepaskan.

(7 JANUARI 2013)3.20 P.M.
-Anak bongsu Mak Munah,Kamal baru sahaja pulang dari sekolah.Tanpa menukar pakaian sekolah.Kamal lekas menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang mula kelaparan.Mak Munah hanya mengeleng kepala melihat sikap gelojoh anak lelakinya.Dia hanya terdiam.Kamal tiba-tiba hilang selera apabila melihat ibunya muram.
"Mak nape ni mak.Ni mesti Along minta duit lagi kat mak kan.Betul tak cakap Asu."Mak Munah hanya mengeleng dan mengiakan kata-kata anak bongsunya."Mak tak payah nak tipu Asu.Along ni tak abis-abis nak minta duit.Tak kesian kat mak ke..?Kamal membebel pada ibunya."Dah la tu.Along nak duit sebab nak belajar.Tak payah kamu nak membebel.Mak yang kena cari duit.Kamu berdua cuma kena belajar.Kalau tak belajar macam mana nak hidup senang"Mak Munah mengemas pekakas barang dapur.

(8 JANUARI 2013)
-Kamal masih lagi tak dapat melupakan keresahan yang dialami ibunya.Seboleh-bolehnya dia mahu sangat membantu ibunya.Tapi apakah daya.Dia tidak dapat melakukannya.Ibunya pasti menegah sekiranya dia pergi bekerja kerana Kamal bakal menghadapi SPM tahun ini.Kamal tersa bahu ditepuk dari belakang.Rupa-rupanya kawan-kawan nakalnya.Sarip bertanya mengapa Kamal asyik muram sahaja.Selalunya "Happy Go Lucky".Kamal pun menceritakan dilema yang menimpa keluarganya."OOO...masalah duit ye.Tapi kami boleh selesaikan.Tapi kerja ni agak berisiko.Kalau ko setuju esok kita boleh start"Udin memberikan pendapat.Kamal yang teruja ingin mengetahui kerja apa yang dimaksudkan berisiko.Lantas Sarip membisikkan sesuatu  ditelinganya."APA..biar betul korang ni.Aku tak sanggup.Ni jenayah beb..Lau mak aku tau mati aku."Kamal terkejut terhadap apa  baru didengari."He beb kalau ko tak  nak buat kerja ni.Macam mana ko nak tolong mak ko cari duit..Memang la ni satu jenayah.Tapi ni jalan pintas untuk dapat duit cepat.Kitaorang tak paksa.Ni pilihan ko sendiri kami tak paksa ko."Udin menepuk bahu Kamal.Kamal berfikir sejenak.Mungkin inilah jalan terakhir.Kamal mengangguk kepala tanda setuju.



(9 JANUARI 2013)Jam 10.00 A.M.
-"Ko  dah bersedia ke belum.Lepas ko buat ni ko tak boleh patah balik."Sarip memberitahu Kamal yang masih nampak gusar.Kamal membuat tanda ok.Walaupun dia serba salah nak buat kerja terkutuk ni."Ko nampak tak pompuan tua tu."Sarip menunjukkan bakal mangsa mereka.Kamal mengangguk.Sasaran mereka semakin dekat.Sarip menyuruh Kamal bersedia dan lakukan dengan pantas."Zurrrp"Sepantas kilat Kamal meragut beg tangan dari seorang wanita tua.Wanita itu cuba melawan dan akhirnya dia mengalami kemalangan apabila dilanggar sebuah kereta kancil yang tidak sempat menekan brek.Kamal pada masa itu baru sedar yang wanita diragut begnya tadi adalah ibunya.Kamal tidak dapat berkata apa-apa.Orang ramai  mulai membanjiri tempat kejadian.

HOSPITAL  SERI AMAN
"Bagaimana keadaan ibu saya..?"Suraini tidak dapat menahan sebak di dadanya.Doktor hanya mengeleng kepala menandakan ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan mungkin tidak dapat diselamatkan.Suasana bilik itu semakin dipenuhi dengan tangisan Suraini.Suraini memandang adiknya,Kamal dengan geram,marah,benci dan segala-galanya."Kenapa....kenapa...kenapa.Asu buat semua ni..?"Suraini menepuk-nepuk dada adiknya."Ini semua salah Along,Along nak duit.Mak takde duit.Mak pening asyik memikirkan bagaimana nak cari duit untuk bayar yuran pengajian Along.Asu cuma nak bantu mak.Asu tak berniat nak lakukan semua ini."Kamal berasa sedih dan bersalah.Dia tidak menyangka wanita yang diragut beg olehnya adalah ibu sendiri.Kini ibunya terlantar.Suraini yang mendengar penjelasan adiknya seolah-olah tidak dapat berkata apa-apa.Kini dia turut berasa bersalah.Andaikan dia tidak menelefon ibunya dan meminta wang.Perkara ini pasti tidak akan terjadi.Tiba-tiba keadaan ibunya semakin bertambah teruk.Suraini dan Kamal mula ketakutan.Tidak lama selepas itu,beberapa orang polis  memasuki bilik itu untuk menahan pesalah.Kamal hanya mengaku tanpa banyak bicara.Suraini yang melihat adiknya semakin jauh dubawa pergi mulai mengejarnya.Suraini memeluk adiknya dan meminta maaf.Kamal juga memeluk kakaknya dan meminta maaf terhadap apa terjadi.

Isnin, 7 Oktober 2013

WAHAI PEREMPUAN SPM

Dadaku semakin lama semakin berdebar-debar.Apabila menatap  rupamu yang semakin hari semakin dekat.OH kenapa aku tidak dikurniakan mesin masa doraemon yang boleh berpatah balik ke masa silam dan kembalikan keadaan yang telah berlaku....
             Rupamu taklah hensem mana  wahai kalender kesayanganku.Kenapa la kautunjukkan tarikh SPM yang semakin hari semakin dekat setiap saat dan setiap detik.BAk  ang...tunggu SPM rasanya macam tunggu orang datang meminang pula dah....
   Tapi apa-apa pun tak kira dekat ke jauh ke SPM tu  yang penting kita lakukan dengan baik walaupun Spm  tinggal lagi setengah bulan..Gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya supaya tak duduk di dapur,mesyuarat tingkap sepanjang masa dengan jiran sebelah yang confirmnya sijil SPM setaraf dengan korang.Sebabnya masa tingkatan 5 lepas habis SPM terus bagi kad jemputan ke majlis kahwin.
           Ingatkan kakak dia yang kahwin ke,abang dia ke..sedara mara dia ke....
Sebaik sahaja membuka kad jemputan yang eksyennya comel semacam kat depan.siap ada dua kartun  watak Disney iaitu Mickey Mouse dan Minie Mouse yang dipakaikan tudung dengan baju melayu.Siap warna latar dia merah jambu.
           Lalu  isi dalam kat itu dibaca dengan teliti satu persatu."ADUHH..." Bagai nak tercabut jantung hati ini akibat terkejut amat sangat.Rupa-rupanya yang kahwin tu orang yang bagi kat tu sendiri.Katanya jodoh sampai awal.Takkan nak tolak KOT.BANYAK LA KOT SANGAT.Habis  selama ini mak bapak dia yang sara perbelanjaan persekolahan dia dengan harapan nak tengok anak dia pakai kereta besar,telefon bimbit besar,gaji besar,menantu pun nak besar jugalah.Bukannya duduk kat dapur dengan pegang sudip besar atau pun cucu besar(gemuk) yang tiap-tiap hari tau menghabiskan beras je kat rumah.
           Tapi dalam mensyuarat tingkap,cakap mengalah perdana menteri.Bajet tahu semua.Tapi diri punya badan tahu semua.Masa tu menyesal tak guna.Sebab zaman sekarang bukan lagi zaman perempuan duduk kat dapur.Tapi zaman sekarang zaman      IT .Zaman menuju wawasan 2020.Zaman di mana wanita adalah wanita  berkerjaya.

             Jadi kepada semua perempuan janganlah pasang hajat nak kahwin awal.SPM  semakin hampir.Gandakan usaha kurangkan berangan.....




                                                                                                      SEKIAN,TERIMA KASIH....
                                                                                              

 Artike ini ditulis dan direka oleh SYAFA AQIRA


(P/S ARTIKEL INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.SESIAPA YANG MEMBACA ARTIKEL INI DAN TERASA HATI.SAYA SEBAGAI PENULIS MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN.SEGALA TERKASAR BAHASA SECARA TIDAK SENGAJA SILA MAAFKAN SAYA0


Jumaat, 6 September 2013

PETUA UNTUK PELAJAR YANG MASIH BERSEKOLAH YANG INGINKAN KEPUTUSAN CEMERLANG

  1. Jangan makan makanan yang masam.Buah oren bolehlah sebab nak dapatkan Vitamin C yang penting untuk badan
  2. Jangan makan makan segera seperti maggi, dan keropok selalu.KURANGKAN.
  3. Selalu siapkan kerja sekolah.Jangan meniru.
  4. Kurangkan amalan meniru semasa menyiapkan kerja sekolah.TAK TAHU SILA TANYA PADA RaKAN YANG LEBIH TAHU*******
  5. Beri salam pada cikgu jika berselisih dengannya.JANGAN BUAT DED(buat tak tahu).MACAM CIKGU TAK WUJUD JE.
  6. Bagi yang beragama islam,solat lima waktu.JANGAN TINGGAL.(P/S-kecuali sebab lain yang munasabah.)
  7. Kerap buat solat hajat.Solat hajat dapat buat hati jadi ikhlas.
  8. Kerap berzikir.ZIKIR dapat merangsang IQ otak untuk belajar sesuatu yang baru dengan mudah.
  9. Banyakkan AMALAN BERSEDEKAH.JANGAN KEDEKUT.REZEKI ITU MILIK ALLAH.NESCAYA REZEKI ITU BERADA DI MaNA-MANA.
  10. Salam mak dan ayah.Minta restu dari diaorang.Minta diaorang doakan kejayaan korang.
  11. Jangan biadap dengan orang yang lebih tua dari kita.Contoh,mak dan ayah  serta guru.
  12. Kalau buat cikgu terasa dengan kita,marah kita, atau benci kita.Minta maaf kat dia cepat.NANTI tak berkat pula ilmu tu.TAk PASAL-PASAL GAGAL EXAM.Mulahlah keluar air direnjis-renjis dari mata.
  13. Jika ada buat kawan marah,terasa,pastu merajuk dengan kita.Mintalah maaf segera.Walaupun kita rasa kita tak buat salah.MINTALAH MAAF kat dia.Jangan ingat maaf-bermaafan kat hari raya je.
       14.Banyakkan buat latihan.Fokus subjek yang tak pandai yang lain tu kena buat la juga.JANGaN        ABAIKAN YAnG LaIN.

     15.Kalau tak pandai subjek mengira.CONTOHNYA,matematik dan matemati tambahan kena buat tiap -
           tiap hari.JANGAN TINGGAL.
      16.BUAT jadual belajar.Ikut jadual tu.Buat jadual ikut kesesuaian diri.JANGAN tetapkan masa yang
          lama.BUAT la masa rehat juga dalam jadual tu.TAK PASAL-PASAL PENING pula.
      

                           ****SEMOGA BERAYA DALAM EXAM.*******

                              
                             -KUATKAN SEMANGAT,KUATkaN TEKAD.-
     
                        ***INYAALAAH,KEJAYAAN ITU DALAM GENGGAMAN ANDA
                               BERNEKALKAN USAHA YANG DILAKUKAN.AMINNN*****

CARA MERAWAT SAKIT SEGUGUT DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG MUDAH DI DAPATI DI RUMAH



  • Kaedah 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.


  • Kaedah 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.


  • Kaedah 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.


  • Kaedah 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.


  • Kaedah 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.
  • Kaedah 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.


  • Kaedah 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.


  •   Kaedah 8-Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.


  • KAeDaH 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.


  • Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.


  • Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.


  • Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.