"RING"...."RING"..."RinG".Telefon bimbit Mak
Munah berdering.Mak Munah yang sedang memasak di dapur lekas bergerak menuju ke
arah telefon bimbitnya."Hello"Mak Munah mengangkat telefon
itu."Hello mak,ni Milah."Milah anak sulung Mak Munah menelefon
maknya."Ha Milah,ada apa kamu telefon mak masa macam ni.Ada apa hal
?"Hello mak,Milah nak duit mak.Milah kena bayar yuran pengajian ni.Dah lah
deadline nak hampir ni.Milah cuba pinjam duit kat kawan Milah.Tapi takde sorang
pun nak kasi pinjam kat Milah,mak.Mak ada tak RM 300 ...?"Mak
Munah yang mendengar pertanyaan anaknya seolah-olah tidak dapat berkata
apa-apa.Dia berfikir sendirian dari mana nak dapat duit sebanyak tu.Sedangkan
hidup mereka tiga beranak bukanlah orang senang.Telefon di tangan Mak
Munah dilepaskan.
(7 JANUARI 2013)3.20 P.M.
-Anak
bongsu Mak Munah,Kamal baru sahaja pulang dari sekolah.Tanpa menukar pakaian
sekolah.Kamal lekas menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang mula
kelaparan.Mak Munah hanya mengeleng kepala melihat sikap gelojoh anak
lelakinya.Dia hanya terdiam.Kamal tiba-tiba hilang selera apabila melihat
ibunya muram.
"Mak nape ni mak.Ni mesti Along
minta duit lagi kat mak kan.Betul tak cakap Asu."Mak Munah hanya mengeleng
dan mengiakan kata-kata anak bongsunya."Mak tak payah nak tipu Asu.Along
ni tak abis-abis nak minta duit.Tak kesian kat mak ke..?Kamal membebel pada
ibunya."Dah la tu.Along nak duit sebab nak belajar.Tak payah kamu nak
membebel.Mak yang kena cari duit.Kamu berdua cuma kena belajar.Kalau tak
belajar macam mana nak hidup senang"Mak Munah mengemas pekakas barang
dapur.
(8 JANUARI 2013)
-Kamal masih lagi tak dapat
melupakan keresahan yang dialami ibunya.Seboleh-bolehnya dia mahu sangat
membantu ibunya.Tapi apakah daya.Dia tidak dapat melakukannya.Ibunya pasti
menegah sekiranya dia pergi bekerja kerana Kamal bakal menghadapi SPM tahun ini.Kamal
tersa bahu ditepuk dari belakang.Rupa-rupanya kawan-kawan nakalnya.Sarip
bertanya mengapa Kamal asyik muram sahaja.Selalunya "Happy Go Lucky".Kamal
pun menceritakan dilema yang menimpa keluarganya."OOO...masalah duit
ye.Tapi kami boleh selesaikan.Tapi kerja ni agak berisiko.Kalau ko setuju esok
kita boleh start"Udin memberikan pendapat.Kamal yang teruja ingin
mengetahui kerja apa yang dimaksudkan berisiko.Lantas Sarip membisikkan
sesuatu ditelinganya."APA..biar betul korang ni.Aku tak sanggup.Ni
jenayah beb..Lau mak aku tau mati aku."Kamal terkejut terhadap apa
baru didengari."He beb kalau ko tak nak buat kerja ni.Macam mana ko
nak tolong mak ko cari duit..Memang la ni satu jenayah.Tapi ni jalan pintas
untuk dapat duit cepat.Kitaorang tak paksa.Ni pilihan ko sendiri kami tak paksa
ko."Udin menepuk bahu Kamal.Kamal berfikir sejenak.Mungkin inilah jalan
terakhir.Kamal mengangguk kepala tanda setuju.
(9 JANUARI 2013)Jam 10.00 A.M.
-"Ko dah bersedia ke
belum.Lepas ko buat ni ko tak boleh patah balik."Sarip memberitahu Kamal
yang masih nampak gusar.Kamal membuat tanda ok.Walaupun dia serba salah nak
buat kerja terkutuk ni."Ko nampak tak pompuan tua tu."Sarip
menunjukkan bakal mangsa mereka.Kamal mengangguk.Sasaran mereka semakin
dekat.Sarip menyuruh Kamal bersedia dan lakukan dengan
pantas."Zurrrp"Sepantas kilat Kamal meragut beg tangan dari seorang
wanita tua.Wanita itu cuba melawan dan akhirnya dia mengalami kemalangan
apabila dilanggar sebuah kereta kancil yang tidak sempat menekan brek.Kamal
pada masa itu baru sedar yang wanita diragut begnya tadi adalah ibunya.Kamal
tidak dapat berkata apa-apa.Orang ramai mulai membanjiri tempat kejadian.
HOSPITAL SERI AMAN
"Bagaimana keadaan ibu
saya..?"Suraini tidak dapat menahan sebak di dadanya.Doktor hanya mengeleng
kepala menandakan ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan mungkin tidak
dapat diselamatkan.Suasana bilik itu semakin dipenuhi dengan tangisan
Suraini.Suraini memandang adiknya,Kamal dengan geram,marah,benci dan
segala-galanya."Kenapa....kenapa...kenapa.Asu buat semua
ni..?"Suraini menepuk-nepuk dada adiknya."Ini semua salah Along,Along
nak duit.Mak takde duit.Mak pening asyik memikirkan bagaimana nak cari duit
untuk bayar yuran pengajian Along.Asu cuma nak bantu mak.Asu tak berniat nak
lakukan semua ini."Kamal berasa sedih dan bersalah.Dia tidak menyangka
wanita yang diragut beg olehnya adalah ibu sendiri.Kini ibunya
terlantar.Suraini yang mendengar penjelasan adiknya seolah-olah tidak dapat
berkata apa-apa.Kini dia turut berasa bersalah.Andaikan dia tidak menelefon
ibunya dan meminta wang.Perkara ini pasti tidak akan terjadi.Tiba-tiba keadaan
ibunya semakin bertambah teruk.Suraini dan Kamal mula ketakutan.Tidak lama
selepas itu,beberapa orang polis memasuki bilik itu untuk menahan pesalah.Kamal
hanya mengaku tanpa banyak bicara.Suraini yang melihat adiknya semakin jauh
dubawa pergi mulai mengejarnya.Suraini memeluk adiknya dan meminta maaf.Kamal
juga memeluk kakaknya dan meminta maaf terhadap apa terjadi.