Rabu, 4 Februari 2015

Manusia,Telinga ,lidah , Dan Touching(Hati)

Assalamualikum dan selamat sejahtera  kepada pembaca-pembaca  yang sudi melayan artikel saya yang  tak seberapa ini.Tapi adakah anda tertanya-tanya atau  rasa blurrrr  apabila tajuk artikel ini bernama  manusia,telinga,dan touching dengan erti kata lain iaitu perasaan atau hati.Semua manusia mempunyai hati maka mereka juga mempunyai perasaan.Kalau ada orang katakan bahawa dia tidak mempunyai  perasaan ,bohonglah namanya.Selalunya orang yang kata takde perasaan ni maksudnya dia tak nak ambil kisah.Erti kata lain mals nak layan.
    Selesai sudah bermukadimah.Pergi ke tajuk asal iaitu manusia  ,  telinga  ,dan  touching(hati).Daripada pengalaman dan pemerhatian selama ini.Saya mendapati  bahawa manusia sensitif(touching) terhadap benda-benda yang tidak elok seperti mengata.Telinga kita sebenarnya sensitive bila dengar benda tak elok macam bunyi orang mengata ,mengejek ,memperli  tentang diri kita atau orang lain.Bila ada seseorang memberitahu perkara penting , kita kurang peka dan akan kata “hah…apa dia…cuba cakap kuat sikit.”  Begitulah senario yang berlaku di sekeliling kita.Walaupun orang yang tengah mengata dia cakap dengan suara perlahan tetap dapat didengari.Ajaib tak bin  tak patut.Seharusnya telinga sepatutnya dilatih lebih peka terhadap benda baik.Apabila mendengar orang mengata perihal kita,secara tak langsung jiwa  menjadi sensitif.Tapi bila buat tak nak dengar,rasa nak dengar pula apa yang diaorang katakan.Manusia mempunyai sikap ingin tahu yang kuat  dalam diri .Selagi tak ditahu.Selagi tak dicuba.Selagi itulah mereka nak buat.
Manusia berasa seronok apabila mendengar benda tak baik berbeza dengan benda baik.Seperti yang selalu dikatakan benda baik susah nak buat dan dibentuk,tapi mudah ditinggal.Tetapi benda tak baik senang dibuat susah ditinggal seperti merokok.Tabiat merokok susah ditinggal.Tetapi jika nak berubah ke arah kebaikan dengan usaha .Insyaallah semuanya dapat dilakukan.
Sehubungan itu,lidah manusia memang macam pisau walaupun realiti tak macam pisau.Sebab perkataan yang dikeluarkan dari lidah mampu lukakan perasaan orang.Dengan lidah mampu membawa kita ke syurga dan dengan lidah mampu membawa kita ke neraka.
  Kenapa dengan lidah mampu membawa ke syurga dan neraka?..Lidah mampu membuat hati seseorang berasa senang dengan kata-katanya.Bahkan dia akan disukai oleh ramai orang kerana kata-katanya.
     Lidah mampu  mencetuskan pergaduhan,petumpahan darah,hasad dengki,dan dendam kerana kata-kata yang terbit dari lidahnya tidak menyenangkan hati si pendengar.
 Oleh itu jagalah setiap perkataan yang ingin diterbitkan.Jangan ada yang sakit hati disebabkan kata-kata itu.