Dadaku semakin lama semakin berdebar-debar.Apabila menatap rupamu yang semakin hari semakin dekat.OH kenapa aku tidak dikurniakan mesin masa doraemon yang boleh berpatah balik ke masa silam dan kembalikan keadaan yang telah berlaku....
Rupamu taklah hensem mana wahai kalender kesayanganku.Kenapa la kautunjukkan tarikh SPM yang semakin hari semakin dekat setiap saat dan setiap detik.BAk ang...tunggu SPM rasanya macam tunggu orang datang meminang pula dah....
Tapi apa-apa pun tak kira dekat ke jauh ke SPM tu yang penting kita lakukan dengan baik walaupun Spm tinggal lagi setengah bulan..Gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya supaya tak duduk di dapur,mesyuarat tingkap sepanjang masa dengan jiran sebelah yang confirmnya sijil SPM setaraf dengan korang.Sebabnya masa tingkatan 5 lepas habis SPM terus bagi kad jemputan ke majlis kahwin.
Ingatkan kakak dia yang kahwin ke,abang dia ke..sedara mara dia ke....
Sebaik sahaja membuka kad jemputan yang eksyennya comel semacam kat depan.siap ada dua kartun watak Disney iaitu Mickey Mouse dan Minie Mouse yang dipakaikan tudung dengan baju melayu.Siap warna latar dia merah jambu.
Lalu isi dalam kat itu dibaca dengan teliti satu persatu."ADUHH..." Bagai nak tercabut jantung hati ini akibat terkejut amat sangat.Rupa-rupanya yang kahwin tu orang yang bagi kat tu sendiri.Katanya jodoh sampai awal.Takkan nak tolak KOT.BANYAK LA KOT SANGAT.Habis selama ini mak bapak dia yang sara perbelanjaan persekolahan dia dengan harapan nak tengok anak dia pakai kereta besar,telefon bimbit besar,gaji besar,menantu pun nak besar jugalah.Bukannya duduk kat dapur dengan pegang sudip besar atau pun cucu besar(gemuk) yang tiap-tiap hari tau menghabiskan beras je kat rumah.
Tapi dalam mensyuarat tingkap,cakap mengalah perdana menteri.Bajet tahu semua.Tapi diri punya badan tahu semua.Masa tu menyesal tak guna.Sebab zaman sekarang bukan lagi zaman perempuan duduk kat dapur.Tapi zaman sekarang zaman IT .Zaman menuju wawasan 2020.Zaman di mana wanita adalah wanita berkerjaya.
Jadi kepada semua perempuan janganlah pasang hajat nak kahwin awal.SPM semakin hampir.Gandakan usaha kurangkan berangan.....
SEKIAN,TERIMA KASIH....
Artike ini ditulis dan direka oleh SYAFA AQIRA
(P/S ARTIKEL INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.SESIAPA YANG MEMBACA ARTIKEL INI DAN TERASA HATI.SAYA SEBAGAI PENULIS MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN.SEGALA TERKASAR BAHASA SECARA TIDAK SENGAJA SILA MAAFKAN SAYA0