CARA MERAWAT SAKIT SEGUGUT DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG MUDAH DI DAPATI DI RUMAH
- Kaedah 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini
diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini
akan menghilangkan kesannya.
-
Kaedah 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan
kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma
perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum
kedatangan haid.
-
Kaedah 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan
ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam,
seminggu sebelum kedatangan haid.
-
Kaedah 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu
mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa
kedatangan haid.
-
Kaedah 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan
tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut
menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput
sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna -
ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga
putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan
air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.
-
Kaedah 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan
mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.
-
Kaedah 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan
senggugut.
-
Kaedah 8-Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok
nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat
senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan
minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.
-
KAeDaH 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang
ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali
sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.
-
Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan
bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.
Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.
-
Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5
cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan
manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini
diminum sekali sehari ketika sakit.
-
Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan
rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.
Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lepas baca ada rasa nak komen.Silakan..*_*