Selasa, 11 Februari 2014

Terlanjur sudah



  "RING"...."RING"..."RinG".Telefon bimbit Mak Munah berdering.Mak Munah yang sedang memasak di dapur lekas bergerak menuju ke arah telefon bimbitnya."Hello"Mak Munah mengangkat telefon itu."Hello mak,ni Milah."Milah anak sulung Mak Munah menelefon maknya."Ha Milah,ada apa kamu telefon mak masa macam ni.Ada apa hal  ?"Hello mak,Milah nak duit mak.Milah kena bayar yuran pengajian ni.Dah lah deadline nak hampir ni.Milah cuba pinjam duit kat kawan Milah.Tapi takde sorang pun nak kasi pinjam kat Milah,mak.Mak ada tak RM 300   ...?"Mak Munah  yang mendengar pertanyaan anaknya seolah-olah tidak dapat berkata apa-apa.Dia berfikir sendirian dari mana nak dapat duit sebanyak tu.Sedangkan hidup mereka tiga beranak  bukanlah orang senang.Telefon di tangan Mak Munah dilepaskan.

(7 JANUARI 2013)3.20 P.M.
-Anak bongsu Mak Munah,Kamal baru sahaja pulang dari sekolah.Tanpa menukar pakaian sekolah.Kamal lekas menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang mula kelaparan.Mak Munah hanya mengeleng kepala melihat sikap gelojoh anak lelakinya.Dia hanya terdiam.Kamal tiba-tiba hilang selera apabila melihat ibunya muram.
"Mak nape ni mak.Ni mesti Along minta duit lagi kat mak kan.Betul tak cakap Asu."Mak Munah hanya mengeleng dan mengiakan kata-kata anak bongsunya."Mak tak payah nak tipu Asu.Along ni tak abis-abis nak minta duit.Tak kesian kat mak ke..?Kamal membebel pada ibunya."Dah la tu.Along nak duit sebab nak belajar.Tak payah kamu nak membebel.Mak yang kena cari duit.Kamu berdua cuma kena belajar.Kalau tak belajar macam mana nak hidup senang"Mak Munah mengemas pekakas barang dapur.

(8 JANUARI 2013)
-Kamal masih lagi tak dapat melupakan keresahan yang dialami ibunya.Seboleh-bolehnya dia mahu sangat membantu ibunya.Tapi apakah daya.Dia tidak dapat melakukannya.Ibunya pasti menegah sekiranya dia pergi bekerja kerana Kamal bakal menghadapi SPM tahun ini.Kamal tersa bahu ditepuk dari belakang.Rupa-rupanya kawan-kawan nakalnya.Sarip bertanya mengapa Kamal asyik muram sahaja.Selalunya "Happy Go Lucky".Kamal pun menceritakan dilema yang menimpa keluarganya."OOO...masalah duit ye.Tapi kami boleh selesaikan.Tapi kerja ni agak berisiko.Kalau ko setuju esok kita boleh start"Udin memberikan pendapat.Kamal yang teruja ingin mengetahui kerja apa yang dimaksudkan berisiko.Lantas Sarip membisikkan sesuatu  ditelinganya."APA..biar betul korang ni.Aku tak sanggup.Ni jenayah beb..Lau mak aku tau mati aku."Kamal terkejut terhadap apa  baru didengari."He beb kalau ko tak  nak buat kerja ni.Macam mana ko nak tolong mak ko cari duit..Memang la ni satu jenayah.Tapi ni jalan pintas untuk dapat duit cepat.Kitaorang tak paksa.Ni pilihan ko sendiri kami tak paksa ko."Udin menepuk bahu Kamal.Kamal berfikir sejenak.Mungkin inilah jalan terakhir.Kamal mengangguk kepala tanda setuju.



(9 JANUARI 2013)Jam 10.00 A.M.
-"Ko  dah bersedia ke belum.Lepas ko buat ni ko tak boleh patah balik."Sarip memberitahu Kamal yang masih nampak gusar.Kamal membuat tanda ok.Walaupun dia serba salah nak buat kerja terkutuk ni."Ko nampak tak pompuan tua tu."Sarip menunjukkan bakal mangsa mereka.Kamal mengangguk.Sasaran mereka semakin dekat.Sarip menyuruh Kamal bersedia dan lakukan dengan pantas."Zurrrp"Sepantas kilat Kamal meragut beg tangan dari seorang wanita tua.Wanita itu cuba melawan dan akhirnya dia mengalami kemalangan apabila dilanggar sebuah kereta kancil yang tidak sempat menekan brek.Kamal pada masa itu baru sedar yang wanita diragut begnya tadi adalah ibunya.Kamal tidak dapat berkata apa-apa.Orang ramai  mulai membanjiri tempat kejadian.

HOSPITAL  SERI AMAN
"Bagaimana keadaan ibu saya..?"Suraini tidak dapat menahan sebak di dadanya.Doktor hanya mengeleng kepala menandakan ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan mungkin tidak dapat diselamatkan.Suasana bilik itu semakin dipenuhi dengan tangisan Suraini.Suraini memandang adiknya,Kamal dengan geram,marah,benci dan segala-galanya."Kenapa....kenapa...kenapa.Asu buat semua ni..?"Suraini menepuk-nepuk dada adiknya."Ini semua salah Along,Along nak duit.Mak takde duit.Mak pening asyik memikirkan bagaimana nak cari duit untuk bayar yuran pengajian Along.Asu cuma nak bantu mak.Asu tak berniat nak lakukan semua ini."Kamal berasa sedih dan bersalah.Dia tidak menyangka wanita yang diragut beg olehnya adalah ibu sendiri.Kini ibunya terlantar.Suraini yang mendengar penjelasan adiknya seolah-olah tidak dapat berkata apa-apa.Kini dia turut berasa bersalah.Andaikan dia tidak menelefon ibunya dan meminta wang.Perkara ini pasti tidak akan terjadi.Tiba-tiba keadaan ibunya semakin bertambah teruk.Suraini dan Kamal mula ketakutan.Tidak lama selepas itu,beberapa orang polis  memasuki bilik itu untuk menahan pesalah.Kamal hanya mengaku tanpa banyak bicara.Suraini yang melihat adiknya semakin jauh dubawa pergi mulai mengejarnya.Suraini memeluk adiknya dan meminta maaf.Kamal juga memeluk kakaknya dan meminta maaf terhadap apa terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lepas baca ada rasa nak komen.Silakan..*_*