Jumaat, 6 September 2013

PETUA UNTUK PELAJAR YANG MASIH BERSEKOLAH YANG INGINKAN KEPUTUSAN CEMERLANG

  1. Jangan makan makanan yang masam.Buah oren bolehlah sebab nak dapatkan Vitamin C yang penting untuk badan
  2. Jangan makan makan segera seperti maggi, dan keropok selalu.KURANGKAN.
  3. Selalu siapkan kerja sekolah.Jangan meniru.
  4. Kurangkan amalan meniru semasa menyiapkan kerja sekolah.TAK TAHU SILA TANYA PADA RaKAN YANG LEBIH TAHU*******
  5. Beri salam pada cikgu jika berselisih dengannya.JANGAN BUAT DED(buat tak tahu).MACAM CIKGU TAK WUJUD JE.
  6. Bagi yang beragama islam,solat lima waktu.JANGAN TINGGAL.(P/S-kecuali sebab lain yang munasabah.)
  7. Kerap buat solat hajat.Solat hajat dapat buat hati jadi ikhlas.
  8. Kerap berzikir.ZIKIR dapat merangsang IQ otak untuk belajar sesuatu yang baru dengan mudah.
  9. Banyakkan AMALAN BERSEDEKAH.JANGAN KEDEKUT.REZEKI ITU MILIK ALLAH.NESCAYA REZEKI ITU BERADA DI MaNA-MANA.
  10. Salam mak dan ayah.Minta restu dari diaorang.Minta diaorang doakan kejayaan korang.
  11. Jangan biadap dengan orang yang lebih tua dari kita.Contoh,mak dan ayah  serta guru.
  12. Kalau buat cikgu terasa dengan kita,marah kita, atau benci kita.Minta maaf kat dia cepat.NANTI tak berkat pula ilmu tu.TAk PASAL-PASAL GAGAL EXAM.Mulahlah keluar air direnjis-renjis dari mata.
  13. Jika ada buat kawan marah,terasa,pastu merajuk dengan kita.Mintalah maaf segera.Walaupun kita rasa kita tak buat salah.MINTALAH MAAF kat dia.Jangan ingat maaf-bermaafan kat hari raya je.
       14.Banyakkan buat latihan.Fokus subjek yang tak pandai yang lain tu kena buat la juga.JANGaN        ABAIKAN YAnG LaIN.

     15.Kalau tak pandai subjek mengira.CONTOHNYA,matematik dan matemati tambahan kena buat tiap -
           tiap hari.JANGAN TINGGAL.
      16.BUAT jadual belajar.Ikut jadual tu.Buat jadual ikut kesesuaian diri.JANGAN tetapkan masa yang
          lama.BUAT la masa rehat juga dalam jadual tu.TAK PASAL-PASAL PENING pula.
      

                           ****SEMOGA BERAYA DALAM EXAM.*******

                              
                             -KUATKAN SEMANGAT,KUATkaN TEKAD.-
     
                        ***INYAALAAH,KEJAYAAN ITU DALAM GENGGAMAN ANDA
                               BERNEKALKAN USAHA YANG DILAKUKAN.AMINNN*****

CARA MERAWAT SAKIT SEGUGUT DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG MUDAH DI DAPATI DI RUMAH



  • Kaedah 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.


  • Kaedah 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.


  • Kaedah 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.


  • Kaedah 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.


  • Kaedah 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.
  • Kaedah 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.


  • Kaedah 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.


  •   Kaedah 8-Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.


  • KAeDaH 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.


  • Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.


  • Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.


  • Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Khamis, 5 September 2013

Selasa, 3 September 2013


Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.